* Masa Itu Emas *

Thursday, August 18, 2011

Doaku Untuk Cintaku~~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM~~

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
KepadaMU ku menyembah,bermohon dan mengadu nasibku padaMU,
Sesungguhnya Hanya KAU yg benar2 memahami diriku,

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Aku tahu aku xlayak utk meminta padamu,
xlayak utk memohon padamu,
Tapi Ya Allah,
Aku tahu KAU Maha Mengampuni dan Maha Mengasihi,
Dengarkanlah rintihan ku ini Ya ALLAH..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Limpahkanlah rahmatMU keatas kehidupanku dan kehidupan tunangku,
Jauhkanlah dugaan dari kehidupan kami YA Allah,
Jauhkanlah segala kemungkaran dari kehidupan kami berdua,
Jauhkanlah segala anasir2 kejahatan dari kehidupan kami,
Jauhkanlah segala dosa2 besar dari kehidupan kami Ya Allah Ya Tuhanku..

Ya Allah,Pemilik segala Alam,
Dengan rasa rendah diri ku memohon,
Capaikanlah cita2ku utk bersatu dgn Tunangku,
Satukanlah kami dalam ikatan yg KAU redhai,
Halalkanlah perilaku kami dalam ikatan yg KAU redhai~~

Ya Allah Ya Tuhanku,
Satukanlah hatiku dgn hatinya,
Cantumkanlah jiwaku dgn jiwanya,
Titipkanlah kasihku dgn  kasihnya,
Pertemukanlah cintaku dengan cintanya...

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini.



Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Jadikanlah dia org yang boleh menenangkan jiwaku,
Yang sentiasa mengingatkanku terhadapMU,
Jgn sesekali KAU benarkan aku menyintainya sehingga aku lupa dan lalai kepadaMU,
Jgnlah KAU benarkan cintaku lebih besar padanya daripadaMU.


Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Berikanlah kebahagiaan kepada kami berdua,
Jauhkanlah azab neraka dari kami berdua,
Abadikanlah cinta kami hingga kesyurga,


Amin YaRabalalamin~~



Wednesday, August 3, 2011

Aku Gila Shopping Dalam Facebook

Assalamualaikum Geng~~Hari ketiga kita berpuasa~~Alhamdulillah~Hari ni aku nak story ttg shopping difacebook...Aku seorg yang gila bershopping difacebook..Ada je yg berkenan dihati aku,terus aku grab one....Sbb tu difesbuk,nick name aku Hantu Fesbuk ~~hehehhe~~~Jom scroll bawah tgk mende apa yang membuat aku bershopping difesbuk~

Yang ni aku beli kat Monica Steven ~~Mmg berbaloi la aku beli sbb baju ni cantik sgt....Mmg selesa aku pakai baju ni..



Baju ni baju couple tau tp aku letak pic aku jer la yer..hehehehe~~

SCROOL BAWAH LAGI TAU ^_^



Yang perfume ni plak aku beli kat kawan aku...
Korg cubalah beli,mmg korg akan berpuas hati dgn layanan n perfume ni...Even dah cuci baju pun,still bau lagi tau...Aku bkn nk backup kwn tp aku berckp atas dasar fakta~~


LAGI-LAGI DAN LAGI~~




Yg kat ats ni aku beli celak kajal,eyelasher ~~Murah sangat tau..Aku beli kat Butik Andaman Roses Roses
Mmg sesgt berpuas hati dgn service akk ni..If korang bank in hari ni,esok korg dah dpt barang2 yg korg order tu..Akk ni paling byk aku beli brg kat dye..tgklah bawah lagi..



 Cuba tgk mata aku kt atas ni,cantik x?eyelasher ni mmg btl2 blh merubah sesorg..hehehe....Cubalah cari akk Butik Andaman Roses Roses ~~Murah tau...siyes xtipu..


Yang atas ni pun aku beli kat akk tu...Murah...Ini kegunaannya utk buat rambut curl..Korg cuma perlu hair dryer n mouse rambut jer...Mmg korg akan berpuas aty dgn keberkesanannya~~


Yang ni plak aku beli skirt custom made...Cantik n kain dye jenis bergetah tau..aku selesa sgt pakai kain ni~Now aku ada order lagi kain dari akk ni...Korg order la~~^_^
Aku beli kat Dalzbuttoncraft ~~

Sebenarnya banyak lagi yang aku beli kat facebook ni..Tp aku update yang ni je la yer..Kalau aku rajin,aku update lagi yer ^_^

Monday, August 1, 2011

FADILAT SOLAT TERAWIH ~~

Tahu x geng,bukan bulan ramadhan jer utk kita mengumpul pahal tetapi bulan2 lain pun kita kena mengumpul pahala..Cuma bezanya Bulan Ramadhan adalah bulan yg cukup istimewa kerana pahala itu berlipat kali ganda~~Lets geng,projek kita bulan ni projek mengumpul pahala~~~

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.


Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)


Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.


Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.


Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.


Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.


Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.


Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.


Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.


Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.


Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)


Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.


Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).


Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.


Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)


Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.


Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.


Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.


Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."
 
Credit to :www.al=azim.com


Sembahyang Tarawih~

Assalamualaikum Geng!!


Alhamdulillah berkesempatan kita jua utk menikmati bulan ramadhan,bulan yang penuh dgn keberkatan~Kat sini,saya nak share tentang sembahyang terawih~~Baca2lah yer~~Peace!!


( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) - Cetakan Ketiga)



1. Hukum Sembahyang Tarawih:-
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.


2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'.
3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.


4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih: 

 

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma'mum kerana Allah Taala (Pulang ke Laman Hadapan)




5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.


SEMBAHYANG WITR:-


1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i- bagi dua rakaat yang pertama:

 

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.
ii- bagi rakaat yang akhir:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.
d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi 


Credit to :www.al-azim.com ~~