* Masa Itu Emas *

Monday, May 23, 2011

Kali pertama keluar,kami bergelar pasangan tunang~~

Hari ni bersamaan 22 Mei 2011,pertama kali kami keluar setelah bergelar pasangan bertunang.Setelah bergelar pasangan bertunang,kami semakin sukar utk berjumpa dan keluar seperti dulu.Mood org bertunang ni lain tau..Mcm kami,lepas kami bertunang,kami seperti xnk berjumpa,jarang bersms n call seperti kami bercinta tanpa ikatan bertunang ni..Seblm ni kami kuat bergdh,benda remeh temeh pun kami gaduh tp lps je sah jd pasangan tunang kami xde benda yg nak digaduhkan.Seblm bertunang kami mmg kuat bersms n bercall tp bila dah bertunang,benda 2 jadi terbalik...Tp bgs juga masa bertunang ni jarang jumpa sbb xmanis la..nanti xde seri plak masa naik pelamin :p ~~Bercakap ttg pertama kali keluar sebagai pasangan tunang,Pada mulanya kami nak ke shah alam je atas urusan keluarga tp dah terlanjur kesana,kami pun teruskan perjalanan kami :p ~~Mula2 nak tgk wayang tp cerita yg kami nak tgk 2 xada,tukar plan berjalan2 ke times square jer~~Kami pun pergilah makan kt johnnys restaurants~~Makanannya sedap,service pun bgs n xmhl tau..Spe yg teringin nak mkn steamboat,nilah tempatnya..Harga pun berpatutan~~jom tgk2 pic ni ^_^







Pas makan steamboat,desert pula menyusul`~~


Yg desert ni aq mkn sorg jer sbb en Rayyan xlalu dah nk mkn..Perut terlalu kenyang dgn mknan steamboat 2~~hehehe~~Tahu x kami mkn byk mcm ni harga bru RM58.60~~Berbaloi tau``Xmhl n xmurah~~

Lepas jer mkn2 di times square kami pun berjln2 la di area sogo n campbell.Menemani Rayyan membeli kasut kerjanya di campbell.Beli brg lelaki ni mengalahkan beli barangan perempuan tau..Punyalah cerewet dye mencari kasutnya~~Sekali dpt,harganya RM 180~~Pergh...mmg mahal la`~Dah beli kasut kami pun pergilah kesogo~~cuci2 mata..cuci2 mata pun smptlah pau En Rayyan 2pasang seluar :p~~Nak dkt 2jam kami disogo~ Melepaskan lelah kami di secret recipe disogo~~Minum air apple juice with kasturi,choc beri cheese n banana split~Service kt sini teruk..org lain pun penat gak tp still ley senyum dgn customer~~Benci aq ngan org yg wat muka masam~~Aq pnh keje f&b line tp xdela seteruk ini~


Masa pun mencemburui kami berdua..Pukul 7.30 kami berpisah arah~~Aq ke damansara,dye ke temerloh~~Bila jauh kami rasa menyampah~~Bila dkt,kami merasai kerinduaan itu~~Semoga ALLAH SWT mempercepatkan november ini :)


Tuesday, May 17, 2011

Kisah saya part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng2 blogger sekalian~~Rasanya dah lama xupdate blog :p ~~`Maaflah sejak lately ni bz sket menguruskan hal pertunangan ni~~Alhamdulillah 14 Mei 2011 aq dah selamat menjadi tunang kepada Rayyan..Bersyukur sangat setelah pelbagai dugaan menimpa,Allah swt ttp memperkenankan doa kami utk melangkah satu persatu utk membina masjid..Bersyukur sangat kpd Allah swt krn mempermudahkan majlis kami..Masa tunang 2 aq mengunakan khidmat make up kak fiza...Mmg cantik dye makeup kan aq..jom watchout pic kt bwh ni --



Ini pic belum dimakeupkan ^_^




Tara~~Cantik x??Mmg cantik kan?hehhehe~~Mmg kak fiza makeup terbaik la~~Korg tercari2 kak fiza kan?Jom klik ni fb Kak fiza atau watch out blog dye Blog kak fiza ~~Cubalah~~Insyallah korg akan puas hati dgn makeup n layanan dye..Kak fiza ni peramah tau~~~

Wednesday, May 11, 2011

Baju Jersi Malaysia~~~

Hi geng`~Lama xupdate blog(terasa cam sethn lak).Biasalah,Bila byk keje,smpi umah xsmpt nk buka cik lappy~~Mesti cik lappy merajuk :) ~~~Hari ni nk story pasal jersi~~Korg dah beli jersi malaysia??Kne beli tau sbb sy rase cantik bajunya tu~~ :)..Semangat kesukanan kena ada walaupun kita xberapa minat sukan :).Masa sy dlm lingkungan umur 18-21thn,mmg peminat fanatik bola sepak malaysia~~Yg paling menggila minat,pasukan perak,kedah n selangor..Perghh..sanggup ke stadium semata2 nk tgk bola n conteng muka ni dgn warna bendera feveret..Pnh skali join member tgk bola kedah vs perak..Sekali geng kedah lak,terpaksalah join sbb xde geng nk ddk kt geng perak..Tetiba perak jaringkan gol,sy punyalah menjerit keseronokan tanpa sy sedar sy ddk dlm kelompok geng kedah.Terdiam sy seketika~~~kehekhkeh~~Itu semua kenangan manis~~Sekrg sy dah xpge stadium sbb xde geng da~~jom tgk jersi kt bawah ni~~



Mesti tertanya2 kan knp ada dua jersi~~Actually buah hati sy nk beli jersi,then sy kata sy pun nak juga~~~Pk punya pk,,dye pun beli dua~~dye 2 ade jersi tau..1 warna ni,lg 1 warna biru~~Mne fair~~ape ag,minx la 1~~heheheh~~Korg jgn lupa beli tau ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Jangan ditangisi apa yang bukan milik kita~~

  • Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

  • Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

  • Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

  • Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

  • Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

  • "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

  • Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Monday, May 2, 2011

Anda semakin matang bila~~~


  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Jika ada semua ada itu,bermakna anda matang dlm kehidupan~~Cubalah amalkan..permulaan mesti ssh tp lama kelamaan anda akan dapat mengatasinya~~~